Tingkah laku Pangling hitam

Dewasa dengan sepasang burung muda

The Coot is much less secretive than most of the rail family, and can be seen swimming on open water or walking across waterside grasslands. It is an aggressive species, and strongly territorial during the breeding season, and both parents are involved in territorial defence.[5] Semasa di luar musim mengawan mereka mungkin membentuk kawanan besar, kemungkinannya berkait dengan pengelakan pemangsa.[6]

Burung Pangling Hitam keberatan untuk terbang dan apabila berlepas ia berlari di permukaan air dengan banyak percikan. Ia turut melakukan perkara yang sama, tetapi tanpa benar-benar terbang, apabila bergerak jarak dekat dalam jajahan yang dipertikai. Sebagaimana banyak burung rail lain, penerbangan yang lemahnya tidak memberikan keyakinan, tetapi ketika berpindah, biasanya pada waktu malam, ia mampu menjangkaui jarak yang luas. Kepalanya mengangguk ketika ia berenang, dan membuat terjunan pendek dari lompatan kecil.

Diet

Burung Pangling Hitam adalah burung maserba, dan akan makan pelbagai jenis mangsa hidup termasuk telor burung air yang lain, termasuk juga alga, tumbuhan, bijiran dan buah.[7] Ia menunjukkan perbezaan yang agak besar dalam teknik mencari makannya, meragut di darat atau di air. Di air ia mungkin menyelam kepalanya seperti Itik atau menjunam kedalam air untuk mencari makanan.[8]